Ads 468x60px

Labels

Tuesday, 17 September 2013

CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK PESAKIT TIROID

Terlebih dahulu kita perlu mengenalpasti apakah jenis tiroid yang pesakit itu menghidap.
 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tiroid, sila klik link di bawah:
http://vitaminalife.blogspot.com/2013/09/assalamualaikum.html

Apakah supplement Shaklee yang menjadi cadangan pilihan utk pesakit tiroid ini???

bagi yg jenis HYPER

= VIVIX
= ESP


bagi yg jenis HYPO

= VITALEA
= VIT E COMPLEX
= OMEGA GUARD
= B COMPLEX

PERINGATAN!!!
Pesakit HYPOTIROID tidak boleh mengambil ESP
 Pesakit HYPERTIROID tidak boleh mengambil Vitalea

ESP



- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

VITALEA


- Multivitamin yg mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit a,d,e, b2,b3 dan zinc sgt sesuai utk pesakit hipotiroidisme
- Sumber iodin (sumber kekurangn iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
- vitamin a, d menmbah keberkesanan t3 (hormon tiroid yg aktif)
- vitamin b2,b3 dan b6 berfungsi dalam pengahsilan hormon tiroid
- zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau t4(hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran t4 kpd t3 (hormon tiroid aktif)

VIT-E



- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajad
i- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)

Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah / pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email : aqmarhamiza@gmail.com


TIROID: TANDA-TANDA DAN CARA MERAWATNYA

Assalamualaikum....petang ni terpanggil untuk berkongsi tentang satu penyakit yang agak merbahaya khususnya untuk kaum wanita.






Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus.TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH.TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah yang berisiko menghadapi penyakit tiroid :
  • Perempuan
  • Genetik (keturunan)
  • Menghidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perempuan hamil
  • Perokok




Tiroid terbahagi kepada dua jenis :

1) Hyperthyroidism/Tirotoksikosis
2) Hypothyroidism

1) Hyperthyroidism/Tirotoksikosis
 Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik 

2) Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism :
  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau 
  • Kadar pengepaman jantung perlahan 
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat 
  • Kulit kering 
  • Masalah kesuburan 
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi) 
  • Muscle cramp dan bengkak 
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period) 
  • Percakapan lambat 
  • Pertambahan berat badan 
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk 
  • Rendah nafsu seks 
  • Sakit kepala 
  • Sembelit 
  • Suara menjadi serak 
  • Tak tahan sejuk
    **Penyakit tiroid jika dibiarkan boleh menjurus ke arah kanser tiroid.



    Tanda-tanda kanser tiroid:
  • Benjol di bahagian depan leher.
  • Sukar bercakap dalam suara normal
  • Sukar menelan 
  • Sukar bernafas
  • Rasa sakit di tekak & leher

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

Untuk mengetahui suplemen yang sesuai untuk pesakit tiroid sila klik link ini:
http://vitaminalife.blogspot.com/2013/09/cadangan-supplemen-untuk-pesakit-tiroid.html



Monday, 16 September 2013

SEBAB-SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH SHAKLEE???

Assalamualaikum semua...
Sememangnya terdapat banyak vitamin dan supplemen di pasaran masa kini sama ada dari luar negara ataupun dalam negara. Bahkan kesemuanya menjanjikan pelbagai 'janji-janji manis' (tiba-tiba teringat pulak kat lirik lagu Aisyah...Hati membeku mengingatkan...kata janji manismu... oh...lalalala)...hehe..
Sebenarnya keadaan ini membuatkan ramai pengguna di luar sana yang menjadi keliru dan celaru untuk membuat pilihan yang tepat.

Oleh sebab itu malam ini saya ingin berkongsi tentang sebab-sebab kenapa kita perlu memilih produk Shaklee :-)

3 sebab kenapa anda perlu memilih Shaklee:


Shaklee -  Always Save
>>menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun
>>potensi yang dijamin --> pengesahan dari pihak ketiga
>>keaslian dijamin --> 350 ujian pencemaran dilakukan terhadap SETIAP bahan botani
>>100% kepuasan terjamin

Shaklee -  Always Green
>>tiada perisa tiruan
>>tiada pemanis tiruan 
>>tiada pewarna atau lemak trans 
>>tidak menjalani ujian terhadap haiwan 
>>tidak mengandungi bahan yang dilarang
>>tidak mengandungi peluntur klorin

Shaklee - Always Work
>>USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
>>70 kajian klinikal telah diterbitkan 
>>60 saintis Shaklee
>>50 patents


Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah/pejabat anda) hubungi saya di talian 012-5746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com








Saturday, 14 September 2013

Assalamualaikum & Salam Kemanisan Ukhuwah...

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajatku untuk mendirikan blog untuk perkongsian info tentang yang paling utama sekali ialah Vitamin Shaklee...dan selain itu pelbagai info tentang kehidupan InsyaAllah juga akan dikongsikan dalam entri-entri yang bakal saya tuliskan di dalam blog ini...

Dengan penuh harapan di hati, saya sebagai pengedar sah Shaklee anda akan berusaha untuk membantu dari segi informasi jasmani dan rohani...semoga segala perkongsian informasi dan ilmu dalam blog ini dapat membantu pembaca semua dan memberikan manfaat untuk kita semua...aamiin :-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

GET SHAKLEE TODAY

SHAKLEE...SENTIASA BERKESAN SHAKLEE...SENTIASA SELAMAT SHAKLEE...SENTIASA MESRA ALAM