Ads 468x60px

Labels

Tuesday, 17 September 2013

TIROID: TANDA-TANDA DAN CARA MERAWATNYA

Assalamualaikum....petang ni terpanggil untuk berkongsi tentang satu penyakit yang agak merbahaya khususnya untuk kaum wanita.






Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus.TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH.TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah yang berisiko menghadapi penyakit tiroid :
  • Perempuan
  • Genetik (keturunan)
  • Menghidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perempuan hamil
  • Perokok




Tiroid terbahagi kepada dua jenis :

1) Hyperthyroidism/Tirotoksikosis
2) Hypothyroidism

1) Hyperthyroidism/Tirotoksikosis
 Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik 

2) Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism :
  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau 
  • Kadar pengepaman jantung perlahan 
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat 
  • Kulit kering 
  • Masalah kesuburan 
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi) 
  • Muscle cramp dan bengkak 
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period) 
  • Percakapan lambat 
  • Pertambahan berat badan 
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk 
  • Rendah nafsu seks 
  • Sakit kepala 
  • Sembelit 
  • Suara menjadi serak 
  • Tak tahan sejuk
    **Penyakit tiroid jika dibiarkan boleh menjurus ke arah kanser tiroid.



    Tanda-tanda kanser tiroid:
  • Benjol di bahagian depan leher.
  • Sukar bercakap dalam suara normal
  • Sukar menelan 
  • Sukar bernafas
  • Rasa sakit di tekak & leher

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

Untuk mengetahui suplemen yang sesuai untuk pesakit tiroid sila klik link ini:
http://vitaminalife.blogspot.com/2013/09/cadangan-supplemen-untuk-pesakit-tiroid.html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

GET SHAKLEE TODAY

SHAKLEE...SENTIASA BERKESAN SHAKLEE...SENTIASA SELAMAT SHAKLEE...SENTIASA MESRA ALAM