Nak tahu sama ada anda menghidapi resdung atau tidak???
Kalau anda nak tahu, sekiranya setiap pagi anda bangun tidur, hidung anda berair selsema, itulah salah satu tanda resdung.
Contoh lain, sekiranya anda demam dan selsema, mungkin anda akan rasakan demam ini disebabkan selsema, tetapi, jika demam anda sudah pulih namun selsema masih lagi berlarutan sehingga lebih dari 7-10 hari, dan pada masa itu hingus anda seperti warna kuning hijau, ini bermakna anda telah mendapat resdung, iaitu resdung akut.
JENIS-JENIS RESDUNG (SINUSITIS)
1. Akut
Ia berlaku dalam tempoh 2 minggu bermula dengan jangkitan atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan hidung anda tersumbat. Sekiranya resdung akut ini tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu, jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidaklah seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah:
- Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
- Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
- Rasa sakit apabila seseorang tunduk.
- Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
- Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tidak berjerawat
- Kerap bersin pada waktu pagi
- Adakalanya hidung tersumbat
- Tanpa demam tapi hingus bertambah
- Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
- Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau orang-orang sekeliling.
2. Kronik
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidapi resdung pada peringkat kronik akan mengalami:
- Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
- Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tidak berjerawat
- Kerap bersin pada waktu pagi
- Adakalanya hidung tersumbat
- Tanpa demam tetapi hingus bertambah
- Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
TIPS UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI RESDUNG
CUBA elakkan:
1. Memelihara binatang berbulu seperti kucing dan arnab.
2. Jangan gunakan sarung bantal, cadar, selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
3. Rajin-rajinlah kerap membersihkan permaidani.
4. Gunakan penutup hidung atau mask sebelum mengemas rumah.
5. Kerap cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas untuk bunuh serangga dan pepijat.
6. Keraplah mengelap muka menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jaga kebersihan muka anda.
7. Minum air suam / mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
8. Kalau anda ada alahan pada makanan tertentu seperti contohnya makanan laut (seafood), elak untuk memakan makanan itu.
Selain itu anda juga boleh cuba supplemen untuk merawat resdung ini.
SET UNTUK PESAKIT RESDUNG DARI SHAKLEE
Berikut adalah FUNGSI dalam setiap vitamin dalam SET RESDUNG SHAKLEE ini:
Saya sangat mengesyorkan sesiapa yang mengalami masalah resdung ini mencuba SET RESDUNG SHAKLEE ini, mengikut pengalaman saya sendiri yang tanpa disedari resdung telah berkurangan. Tiada lagi bersin di waktu pagi dan saya bebas makan apa sahaja yang saya alah suatu ketika dahulu.
Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah / pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com
No comments:
Post a Comment