Ads 468x60px

Labels

Sunday, 16 November 2014

MASKER ESP + VITAMIN E + YOGURT...THE BEST


Assalamualaikum pembaca setia blog saya...Alhamdulillah seperti yang saya janjikan..saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat MASKER ESP + VITAMIN E + YOGURT ASLI...:-)

Sebenarnya kalau nak jaga kulit wajah ini sememangnya perlu dimulakan dari rumah...selepas itu kalau ada rezeki lebih ataupun budget lebih boleh lah laburkan ke Spa atau Salun Kecantikan :-)

Senang sahaja nak buat masker ni...semudah ABC :-) Okey jom saya kongsikan...


Bahan-bahan:

1 sudu besar ESP
1 sudu besar Yogurt Asli (tak kisah brand apa-apa..asalkan yogurt asli)
1 biji Vitamin E

Cara-caranya:

● Campurkan ESP dan Yogurt Asli dalam mangkuk atau piring. Kacau sebati.

● Kemudian cucuk Vitamin E dengan jarum dan picit ke dalam campuran tadi. Kacau sebati dan siap. Boleh sapu pada keseluruhan wajah dan lebihannya boleh sapu pada leher dan tangan.

● Biarkan 10-15 minit sehingga kering. Selepas itu boleh cuci kulit wajah anda dengan air biasa.

Senang kan...:-) 
Memang sangat mudah dan kesan selepas itu anda akan dapat rasakan kulit wajah anda tegang, licin, lembut dan gebu :-)

JOM KITA BER MASKER!!! SELAMAT MENCUBA:-) 


================================
Untuk info & order Shaklee:

Aqmar Aqim
Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com
SMS/WHATSAPP 0125746900


Saturday, 15 November 2014

PERBEZAAN OMEGAGUARD SHAKLEE DENGAN MINYAK IKAN LAIN

Perbezaan utama adalah OmegaGuard Shaklee diproses dari bahan2 semulajadi dan telah menjalani kajian bertahun2 sebelum disahkan selamat digunakan.

OmegaGuard Minyak Ikan Terbaik dan Paling Tulen Di Dunia.

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Rata-rata minyak ikan diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan yang tinggi yang mana ia akan memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang akan membahayakan kesihatan.

OmegaGuard sememangnya tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik berbahaya.

Minyak ikan OmegaGuard dihasilkan daripada ikan yang tinggal dilautan dalam (deep ocean) dan air sejuk bukan ikan yang senang dapat dipantai atau sunga. Ikan-ikan ini pula mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi.

Sebab itu lah minyak ikan OmegaGuard yang terbaik di dunia kerana tidak tercemar dengan bahan-bahan merbahaya.


Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui 3 kali proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dengan menyingkirkan bahan2 merbahaya seperti logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Kandungan EPA dan DHA lebih tinggi

Kandungan EPA dan DHA dalam OmegaGuard adalah 90% dan lebih tinggi berbanding minyak ikan yang lain yang hanya mempunyai kandungan EPA dan DHA 10% sahaja.



================================
Untuk info & order Shaklee:

Aqmar Aqim
Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com

SMS/WHATSAPP 0125746900



posted from Bloggeroid

Tuesday, 30 September 2014

PROMOSI ESP HOT SELLER PRODUCT SHAKLEE


Assalamualaikum...tak terkata happy rasanya bila dapat tahu bulan oktober ni promo ESP kembali...ESP sememangnya produk Shaklee yang paling hot...dan semestinya produk favourite saya...ramai yang dah mencuba ESP pun setuju yang ESP memang terbaik...
Siapa tak nak kan...produk yang dapat membantu memberikan tenaga tambahan...milk booster untuk ibu-ibu yang menyusukan baby...untuk orang yang nak kurus pun minum ESP sebab ESP memberikan rasa kenyang yang lama...


Jom saya review lagi kebaikan ESP ni:

7 Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com



SMS/WHATSAPP 0125746900




Thursday, 11 September 2014

KEDAI VITAMIN SIHAT KLANG...NAMA DIBERI..

Assalamualaikum pembaca semua...salam ceria..semoga anda semua diberkati oleh Allah :-)

Okey malam ini saya nak bercerita tentang pilihan nama untuk blog ini..hai dah macam nak pilih nama untuk anak pulak ye..hehehe...memang sangat sukar untuk mencari nama yang simple tapi mudah diingati...

Sebenarnya...kalau sesiapa ada perasan...blog ini saya beri nama "vitaminalife.blogspot.com" pada awal kewujudannya...dan sebenarnya blog ini telah setahun diwujudkan iaitu pada September 2013...tapi disebabkan keazaman yang terlalu tipis...saya jarang update dan tinggallah blog ini bersawang begitu sahaja...

IKLAN BLOG BERSAWANG JAP...

Alhamdulillah..sekarang saya dah kumpul tahap kerajinan yang semaksima mungkin untuk update sekerap yang mungkin...semoga Allah memelihara hati saya supaya teruskan perjuangan untuk berblog... :-)

Okey berbalik kepada cerita nama blog yang pertama tadi iaitu "vitaminalife"...vitaminalife itu adalah dalam Bahasa Sepanyol yang bermaksud vitamin kehidupan...apa yang bermain dan terlintas di fikiran saya pada masa itu ialah saya nak letak nama yang orang mudah nak ingat dan ada makna yang baik..sama kan kalau kita nak pilih nama untuk anak-anak kita...kita kenalah pilih nama yang senang dan sesuai dan sedap didengar bila dipanggil..dan yang paling pasti dan tepat nama yang ada makna yang baik...
FB PAGE SAYA ...JEMPUT LIKE

Tapi setelah setahun blog ini diwujudkan saya tukar nama tersebut kepada "kedaivitaminsihatklang" bersamaan dengan FB PAGE saya iaitu "Kedai Vitamin Sihat Klang" supaya orang lain tak keliru dan sentiasa ingat..melekat dalam hati..in shaa Allah.. :-)

Okeylah setakat ini dulu ya..semoga kita berjumpa di entry yang lain...selamat maju jaya semua pembaca...maju dan jaya di dunia dan juga akhirat kelak..aamiin.. :-)

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com



SMS/WHATSAPP 0125746900




Tuesday, 9 September 2014

SAKIT SENDI MENYERANG SECARA TIBA-TIBA

Assalamualaikum semua... :-)
Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ini..Okey hari ini saya nak bercerita serba sedikit tentang SAKIT SENDI yang sering menyerang golongan-golongan yang dah memasuki peringkat umur 30 ke atas..( sakit sendi ini bukan sakit orang-orang tua sahaja ya..orang-orang muda pun sekarang ada yang alami masalah yang sama)...

Mereka yang aktif bersukan, ibu mengandung dan menyusu, mereka yang melakukan kerja-kerja berat, mereka yang pernah mengalami kemalangan dan yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan tidak ideal juga akan mengalami masalah sakit-sakit sendi dan otot...

Malahan mereka yang bekerja dalam pejabat yang bukanlah menggunakan tenaga yang banyak, hanya banyak menggunakan otak untuk buah fikiran..Mengadap PC/ Laptop dari seawal pagi hingga ke petang waktu habis bekerja pun boleh mengalami masalah sakit-sakit sendi dan otot ini..Terutama sekali di bahagian bahu dan tengkuk...Ya ke tidak???


Mengikut nama saintifik bagi sakit sendi ialah OSTEOARTHRITIS...Ianya merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Manakala sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Tanda-tanda penyakit OSTEOARTHRITIS:-

1. Sakit pada sendi terlibat
2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi berlaku
3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan 
4. Adanya pembesaran tulang sendi

Okey dalam entry kali ini saya nak berkongsi bagaimana cara untuk atasi masalah sakit sendi ini dengan mengamalkan kombinasi vitamin dari Shaklee..In shaa Allah telah memberikan kesan yang baik pada pengamalnya...

KOMBINASI UNTUK MERAWAT SAKIT SENDI

Apa yang perlu anda amalkan adalah 3 kaedah di bawah ini:-

KAEDAH 1: Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) memberikan manfaat kepada sendi dengan 3 cara berikut:-

  • menyokong keselesaan sendi
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • meningkatkan kesan kusyen
KAEDAH 2: Mengurangkan inflamasi

OmegaGuard Shaklee adalah merupakan omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan kita. 
Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi..So, ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala sakit sendi...

Selain itu Omega juga bertindak sebagai pelincir yang membantu kita untuk bergerak bebas.

{FAKTA} Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada hanya mengambil glukosamina sahaja.


KAEDAH 3: Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix bertindak sebagai pembekal kalsium untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.

Magnesium pula dikatakan perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ini kerana ramai yang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium...Itulah keistimewaan Ostematrix...

Oleh yang demikian, jangan biarkan sakit sendi ini menghantui anda...lakukanlah sedikit pelaburan demi kesihatan sendi dan tulang anda daripada tiap-tiap bulan perlu mengambil MC..sampai boleh menjejaskan prestasi kerja anda..

Untuk anak-anak yang budiman di luar sana, hadiahkanlah kombinasi vitamin ini untuk kesihatan kedua ibu bapa anda..walaupun ianya hanya sekadar vitamin, bukannya barang yang berharga TETAPI percayalah ibubapa anda akan menghargainya dan pastinya mereka akan merasa terharu dengan pemberian dan perhatian anda itu...

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com

SMS/WHATSAPP 0125746900





SIAPAKAH GERANGAN AQMAR AQIM INI...???

Assalamualaikum semua...:-) Alhamdulillah, semoga semua pengunjung blog ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah dan urusan harian kita...

Okey malam ini, dalam blog saya yang dah bersawang lama dah ditinggalkan ni, saya nak perkenalkan diri saya pada semua pengunjung, khusus untuk yang masih belum mengenali diri ku ini...hehehe :D

Nama penuh saya HAMIZATUN AKMAR BINTI HARUN...Anak kepada pesara kerajaan TUAN HAJI HARUN BIN NGAH dengan pasangannya ALLAHYARHAMAH HAJJAH PEAH BINTI YAACOB (mak saya telah meninggal dunia pada 01 JUN 2014..semalam genap 08 SEPTEMBER 2014 yang lepas genap 100 hari pemergian dia ibu yang amat kami sayangi...) :'(  

Isteri kepada MOHD FIRDAUS AL-HAKIM BIN MOHD ALI...Okey saya up gambar jap ye... :-)


OUR BIG DAY :-)
Gambar ni 4 tahun lepas...pada hari bersejarah kami tanggal 21 FEBRUARI 2010... :-)


MASA KAT PENANG...

Yang ini pula diambil setahun selepas kami berkahwin (actually setahun lebih)..masa ni our 1st baby dah ada dalam perutku...memang best shopping jeruk..tapi apakan daya my sis awal-awal dah warning.. tak boleh makan jeruk banyak-banyak.. :-(


BUAH HATI PERTAMA KAMI...NUR HANNAH FAQEHAH..NAMA DIBERI:-)

Okey, gambar ni masa saya dalam pantang lagi...sekarang ni dah membesar dengan sihatnya...Alhamdulillah syukur...Jom tengok gambar di bawah ni pulak...

BERSAMA MY MOM IN LAW...NENEK HANNAH...MASA SAMBUT BIRTHDAY HANNAH & ADIK

NUR HANNAH FAQEHAH buah hati pertama kami, mama dan ayah doakan kak long menjadi anak yang solehah, seorang kakak yang tegas dengan adik-adik..semoga dapat membimbing adik-adik kak long di masa akan datang..mama dan ayah sayang kak long.. <3


NUR FARHAH HUMAIRA...NAMA DIBERI :-)

Okey gambar di atas ni, buah hati kedua kami.. TABAMBAM kannn....shaklee effect ni...berkat ambil Full Set Breastfeeding...(buat masa ni dikurniakan 2 cahayamata..kedua-duanya puteri yang comel)...ada rezeki tahun depan menyusul yang ketiga pula ya..TUNGGUUUUU :-)


KENANGAN WHEELCHAIR ARWAH MAK A.K.A OPAH 

Kalau anda semua nak tahu 2 orang ni lah yang escort saya ke sana ke mari COD Shaklee kat customer..tak boleh tinggal..MY PUSH FACTOR..Terima Kasih kesayangan mama dan ayah...In shaa Allah semua ini akan diwarisi oleh kalian suatu ketika nanti..aamiin..


Okey, sekian serba sedikit tentang Aqmar Aqim ni...In shaa Allah kita berjumpa di lain entry...

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com
SMS/WHATSAPP 0125746900









Monday, 21 July 2014

2 PILIHAN JADI AHLI SHAKLEE

Sebelum ini dalam page "NAK DUIT???" saya ada brief sikit cara nak jadi ahli Shaklee..okey, dalam post kali ini saya nak kongsi 2 pilihan cara untuk menjadi ahli / pengedar ataupun boleh juga dipanggil sebagai "Shaklee Independent Distributor".

Ramai yang nak jadi ahli Shaklee ini dengan pelbagai sebab, masing-masing ada sebab-sebab tersendiri...ada yang nak jadi ahli untuk makan sendiri, ada yang nak dapatkan side income dengan Shaklee...ada juga sebab senang nak pergi beli sendiri vitamin untuk diri sendiri..tak perlu lagi beli dengan pengedar lain.

Kebiasaannya yang berminat nak jadi ahli adalah mereka yang dah pernah menggunakan produk Shaklee, jadi mengapa tidak mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee terus memandangkan memang produk Shaklee terbukti berkesan dan sangat bagus.

Sebenarnya nak jadi ahli Shaklee ini sangatlah senang, murah, mudah dan banyak faedah yang kita boleh dapat. Okey, saya nak kongsi 2 pilihan cara nak jadi ahli Shaklee:-



CARA 1

Anda hanya perlu membayar YURAN KEAHLIAN SEUMUR HIDUP RM65 tambah kos penghantaran RM10 (Semenanjung) atau RM20 (Sabah/Sarawak) untuk penghantaran STARTER KIT /  beg  Shaklee dari Home Office Shaklee di Subang Jaya ke rumah/pejabat anda.

CARA 2

Untuk pilihan kedua ini, anda boleh mendapatkan keahlian secara PERCUMA dengan setiap pembelian produk Shaklee minimum RM680 dan ke atas iaitu 200uv/points..Dengan itu anda secara automatik menjadi ahli Shaklee seumur hidup.

Pilihan di tangan anda, anda boleh pilih salah satu cara di atas untuk jadi ahli Shaklee dan nikmati pelbagai faedah yang Shaklee bakal beri.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee boleh terus menghubungi saya di email: aqmarhamiza@gmail.com atau sms / whatsapp 0125746900 untuk maklumat lanjut.



Monday, 26 May 2014

VITAMIN FAVOURITE...ALFALFA COMPLEX!!!

ALFALFA COMPLEX adalah salah satu vitamin favourite saya, memang tak boleh nak skip sebab sensasi Alfalfa ni sangat-sangat best...dan banyak memberi manfaat pada saya terutama dalam proses penyusuan dan pelangsingan badan.

Alfalfa Complex merupakan produk pertama yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1950an.


Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa sebagai supplemen pertama?
Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan pada wanita, lelaki dan kanak-kanak, maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplemen Alfalfa Shaklee yang sangat memberi manfaat kepada semua golongan.



Alfalfa ini dapat membantu:
  1. Merawat gangguan pencernaan
  2. Mengawal kolesterol dalam darah
  3. Menghapus kolesterol buruk (LDL)
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema-pengumpulan air di dalam badan terutama di bahagian kaki
  7. Mengurangkan simptom menopaus
  8. Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksin dalam badan
  11. Merawat sakit otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Terkenal dengan fungsinya yang memperbanyakkan susu ibu
  15. Merawat masalah pundi kencing
  16. Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat 
  18. Bertindak seperti kacip fatimah pada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri 
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
  21. Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus.


Tidak semua Alfalfa adalah sama. Alfalfa yang didapati di supermarket adalah Alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau yang menggunakan racun pesticide. Alfalfa Shaklee ditanam di California, USA tanpa menggunakan pesticide, racun kulat, bacterioside, hormon sintetik dan bahan kimia.

Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah / pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com


Friday, 14 February 2014

RESDUNG!!! CEGAH SEBELUM MELARAT...

Nak tahu sama ada anda menghidapi resdung atau tidak???
Kalau anda nak tahu, sekiranya setiap pagi anda bangun tidur, hidung anda berair selsema, itulah salah satu tanda resdung.




Contoh lain, sekiranya anda demam dan selsema, mungkin anda akan rasakan demam ini disebabkan selsema, tetapi, jika demam anda sudah pulih namun selsema masih lagi berlarutan sehingga lebih dari 7-10 hari, dan pada masa itu hingus anda seperti warna kuning hijau, ini bermakna anda telah mendapat resdung, iaitu resdung akut.



JENIS-JENIS RESDUNG (SINUSITIS)

1. Akut
Ia berlaku dalam tempoh 2 minggu bermula dengan jangkitan atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan hidung anda tersumbat. Sekiranya resdung akut ini tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu, jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidaklah seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah:

  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk.
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tidak berjerawat
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Adakalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau orang-orang sekeliling.


2. Kronik

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidapi resdung pada peringkat kronik akan mengalami:


  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tidak berjerawat
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Adakalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala


TIPS UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI RESDUNG

CUBA elakkan:

1. Memelihara binatang berbulu seperti kucing dan arnab.

2. Jangan gunakan sarung bantal, cadar, selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

3. Rajin-rajinlah kerap membersihkan permaidani.

4. Gunakan penutup hidung atau mask sebelum mengemas rumah.

5. Kerap cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas untuk bunuh serangga dan pepijat.

6. Keraplah mengelap muka menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jaga kebersihan muka anda.

7. Minum air suam / mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

8. Kalau anda ada alahan pada makanan tertentu seperti contohnya makanan laut (seafood), elak untuk memakan makanan itu.

Selain itu anda juga boleh cuba supplemen untuk merawat resdung ini.

SET UNTUK PESAKIT RESDUNG DARI SHAKLEE



Berikut adalah FUNGSI dalam setiap vitamin dalam SET RESDUNG SHAKLEE ini:


Saya sangat mengesyorkan sesiapa yang mengalami masalah resdung ini mencuba SET RESDUNG SHAKLEE ini, mengikut pengalaman saya sendiri yang tanpa disedari resdung telah berkurangan. Tiada lagi bersin di waktu pagi dan saya bebas makan apa sahaja yang saya alah suatu ketika dahulu.


Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah / pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com 



Monday, 3 February 2014

TERLALU KURUS JUGA TIDAK CANTIK!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA BLOG...

Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam keadaan yang sihat dan In shaa Allah sentiasa dirahmati oleh NYA...


Setiap insan di dunia ini mendambakan berat badan yang ideal...Istilahnya di sini memiliki berat badan yang ideal bermaksud tidak terlalu gemuk dan juga tidak terlalu kurus. Jika terlalu gemuk, anda akan bakal mengundang penyakit seperti diabetes dan peningkatan tahap kolesterol. 


Namun begitu, tidak bermakna pula terlalu kurus anda tidak akan mendapat apa-apa risiko.


Beberapa risiko yang harus dihadapi dan ditanggung oleh seseorang yang memiliki berat badan yang terlalu kurus adalah seperti berikut:-


(1)  Patah tulang / tulang rapuh - lemak boleh diibaratkan sebagai bahan bakar dalam pembentukan esterogen, hormon seks wanita yang berguna untuk menjaga kesihatan tulang. Makin sedikit lemak di tubuh kita, makin sedikit esterogen yang dapat dihasilkan sehingga tulang boleh menjadi rapuh disebabkan otot yang sedikit.

(2)  Arthritis dan gangguan jantung - Lemak yang terlalu sedikit di sekitar sendi boleh menyebabkan berlakunya arthritis atau radang sendi, yang merupakan faktor risiko atheroschlerosis atau penyumbatan pembuluh darah ke jantung.(siapa kata kurus tak boleh dapat sakit jantung...)


(3)  Keguguran - Menurut penelitian di London School of Hygiene & Tropical Medicine, perempuan yang terlalu kurus memiliki risiko keguguran 72% lebih besar pada trimester pertama. Terlalu kurus juga menyebabkan perempuan lebih mudah mengalami morning sickness , iaitu muntah atau alahan pada saat awal kehamilan.

(4)  Depresi - Terlalu kurus atau pun terlalu gemuk sama-sama boleh mengundang dan meningkatkan risiko depresi. Menurut penelitian American Journal of Epidemiology, terlalu kurus dan terlalu gemuk menyebabkan keluaran hormon serotonin berkurangan iaitu hormon untuk menghadirkan perasaan tenang.

(5)  Sakit paru-paru - Penyakit paru-paru kronik seperti asma, bronkitis dan pneumonia lebih banyak menyerang wanita lanjut usia yang berat badannya di bawah BMI. Terlalu kurus menyebabkan tubuh wanita kekurangan adipokin, sejenis sel yang dikeluarkan di lemak untuk membantu daya tahan tubuh.

(6)  Kualiti sperma berkurangan - Indeks massa tubuh yang tidak ideal mempengaruhi komposisi hormon dalam tubuh. Salah satu akibatnya, penghasilan sel sperma akan terganggu sehingga sukar untuk menghasilkan sel telur kerana jumlah dan kepekatannya berkurangan.

Di Shaklee bukan sahaja ada menyediakan Set Untuk Menurunkan Berat Badan malahan Set untuk Tambah Berat Badan juga ada.

Set Tambah Berat Badan ini terdiri daripada 3 jenis produk, iaitu:-





MEALSHAKES


  • Fungsi utamanya adalah menambah selera makan, sesuai untuk orang dewasa yang ingin menambah berat badan.
  • Sangat sesuai juga untuk kanak-kanak yang tiada selera makan.
  • Mealshakes sangat sedap dengan rasa vanillanya yang sangat menyelerakan.
  • Membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Ianya sumber makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protein.

VITA-LEA


  • Apabila selera makan kurang dah tentu banyak zat yang sepatutnya badan kita perlukan tidak mencukupi.
  • membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah
  • Ia banyak membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut dari segi internal, ia juga membantu mengurangkan kebarangkalian kita mengidap penyakit tiroid.
  • Ia juga membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga. 




B-COMPLEX


  • Selain daripada kebaikan B-Complex untuk mengawal stress, ianya juga membantu badan kita membebaskan tenaga dari makanan.
  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Ia dapt mengawal kadar metabolisma badan, dan mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah /  pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com








        


    Sunday, 2 February 2014

    RAMBUT GUGUR...TOLONG-TOLONG...

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
    ASSALAMUALAIKUM PEMBACA BLOG SEKALIAN


    Masalah keguguran rambut adalah masalah yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tidak kira wanita atau lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut boleh digolongkan kepada 2 kategori iaitu keguguran normal atau tidak normal.

    Sekiranya, rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, ini bermakna anda tergolong dalam kategori masalah keguguran rambut yang tidak normal iaitu keguguran rambut yang serius.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut ini berlaku. Antaranya ialah:

    1.) Perubahan hormon -perubahan hormon dan ketidakseimbangan juga boleh menyebabkan rambut gugur. Ini mungkin disebabkan oleh mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil perancang atau permulaan menopaus.

    2.)  Keturunan -genetik dari kedua ibu dan bapa lelaki dan perempuan, boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk corak kebotakan lelaki dan perempuan.

    3.) Tekanan dan penyakit -boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Kurap yang disebabkan oleh jangkitan kulat juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

    4.)  Ubat-ubatan -termasuk ubat-ubatan untuk proses kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, pencair darah, penghalang beta-adrenergic digunakan untuk mengawal tekanan darah, dan pil perancang, boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.

    5.)   Keadaan perubatan -penyakit tiroid, lupus, kencing manis, kekurangan zat besi, dan anemia juga boleh menyebabkan kehilangan rambut.

    6.)  Penyakit autoimun -menyebabkan alopecia areata. Ia berlaku apabila sistem badan seseorang dengan tidak sengaja menyerang folikel rambut di mana rambut tersebut yang akhirnya menyebabkan kehilangan rambut secara bertompok.

    7.)  Diet -Diet rendah protein atau kurang beberapa vitamin seperti A, B, C dan E serta zink juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

    Selain daripada anda mengamalkan pemakanan yang sihat, pemakaian syampu yang bersesuaian dan mengamalkan petua-petua tradisional, di Shaklee juga ada menyediakan supplemen untuk membantu anda menyelesaikan masalah rambut gugur yang selama ini menghantui anda.

    JOM LIHAT DI LINK INI:-

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    GET SHAKLEE TODAY

    SHAKLEE...SENTIASA BERKESAN SHAKLEE...SENTIASA SELAMAT SHAKLEE...SENTIASA MESRA ALAM