Ads 468x60px

Labels

Friday, 14 February 2014

RESDUNG!!! CEGAH SEBELUM MELARAT...

Nak tahu sama ada anda menghidapi resdung atau tidak???
Kalau anda nak tahu, sekiranya setiap pagi anda bangun tidur, hidung anda berair selsema, itulah salah satu tanda resdung.




Contoh lain, sekiranya anda demam dan selsema, mungkin anda akan rasakan demam ini disebabkan selsema, tetapi, jika demam anda sudah pulih namun selsema masih lagi berlarutan sehingga lebih dari 7-10 hari, dan pada masa itu hingus anda seperti warna kuning hijau, ini bermakna anda telah mendapat resdung, iaitu resdung akut.



JENIS-JENIS RESDUNG (SINUSITIS)

1. Akut
Ia berlaku dalam tempoh 2 minggu bermula dengan jangkitan atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan hidung anda tersumbat. Sekiranya resdung akut ini tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu, jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidaklah seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah:

  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk.
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tidak berjerawat
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Adakalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau orang-orang sekeliling.


2. Kronik

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidapi resdung pada peringkat kronik akan mengalami:


  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tidak berjerawat
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Adakalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala


TIPS UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI RESDUNG

CUBA elakkan:

1. Memelihara binatang berbulu seperti kucing dan arnab.

2. Jangan gunakan sarung bantal, cadar, selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

3. Rajin-rajinlah kerap membersihkan permaidani.

4. Gunakan penutup hidung atau mask sebelum mengemas rumah.

5. Kerap cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas untuk bunuh serangga dan pepijat.

6. Keraplah mengelap muka menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jaga kebersihan muka anda.

7. Minum air suam / mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

8. Kalau anda ada alahan pada makanan tertentu seperti contohnya makanan laut (seafood), elak untuk memakan makanan itu.

Selain itu anda juga boleh cuba supplemen untuk merawat resdung ini.

SET UNTUK PESAKIT RESDUNG DARI SHAKLEE



Berikut adalah FUNGSI dalam setiap vitamin dalam SET RESDUNG SHAKLEE ini:


Saya sangat mengesyorkan sesiapa yang mengalami masalah resdung ini mencuba SET RESDUNG SHAKLEE ini, mengikut pengalaman saya sendiri yang tanpa disedari resdung telah berkurangan. Tiada lagi bersin di waktu pagi dan saya bebas makan apa sahaja yang saya alah suatu ketika dahulu.


Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah / pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com 



Monday, 3 February 2014

TERLALU KURUS JUGA TIDAK CANTIK!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA BLOG...

Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam keadaan yang sihat dan In shaa Allah sentiasa dirahmati oleh NYA...


Setiap insan di dunia ini mendambakan berat badan yang ideal...Istilahnya di sini memiliki berat badan yang ideal bermaksud tidak terlalu gemuk dan juga tidak terlalu kurus. Jika terlalu gemuk, anda akan bakal mengundang penyakit seperti diabetes dan peningkatan tahap kolesterol. 


Namun begitu, tidak bermakna pula terlalu kurus anda tidak akan mendapat apa-apa risiko.


Beberapa risiko yang harus dihadapi dan ditanggung oleh seseorang yang memiliki berat badan yang terlalu kurus adalah seperti berikut:-


(1)  Patah tulang / tulang rapuh - lemak boleh diibaratkan sebagai bahan bakar dalam pembentukan esterogen, hormon seks wanita yang berguna untuk menjaga kesihatan tulang. Makin sedikit lemak di tubuh kita, makin sedikit esterogen yang dapat dihasilkan sehingga tulang boleh menjadi rapuh disebabkan otot yang sedikit.

(2)  Arthritis dan gangguan jantung - Lemak yang terlalu sedikit di sekitar sendi boleh menyebabkan berlakunya arthritis atau radang sendi, yang merupakan faktor risiko atheroschlerosis atau penyumbatan pembuluh darah ke jantung.(siapa kata kurus tak boleh dapat sakit jantung...)


(3)  Keguguran - Menurut penelitian di London School of Hygiene & Tropical Medicine, perempuan yang terlalu kurus memiliki risiko keguguran 72% lebih besar pada trimester pertama. Terlalu kurus juga menyebabkan perempuan lebih mudah mengalami morning sickness , iaitu muntah atau alahan pada saat awal kehamilan.

(4)  Depresi - Terlalu kurus atau pun terlalu gemuk sama-sama boleh mengundang dan meningkatkan risiko depresi. Menurut penelitian American Journal of Epidemiology, terlalu kurus dan terlalu gemuk menyebabkan keluaran hormon serotonin berkurangan iaitu hormon untuk menghadirkan perasaan tenang.

(5)  Sakit paru-paru - Penyakit paru-paru kronik seperti asma, bronkitis dan pneumonia lebih banyak menyerang wanita lanjut usia yang berat badannya di bawah BMI. Terlalu kurus menyebabkan tubuh wanita kekurangan adipokin, sejenis sel yang dikeluarkan di lemak untuk membantu daya tahan tubuh.

(6)  Kualiti sperma berkurangan - Indeks massa tubuh yang tidak ideal mempengaruhi komposisi hormon dalam tubuh. Salah satu akibatnya, penghasilan sel sperma akan terganggu sehingga sukar untuk menghasilkan sel telur kerana jumlah dan kepekatannya berkurangan.

Di Shaklee bukan sahaja ada menyediakan Set Untuk Menurunkan Berat Badan malahan Set untuk Tambah Berat Badan juga ada.

Set Tambah Berat Badan ini terdiri daripada 3 jenis produk, iaitu:-





MEALSHAKES


  • Fungsi utamanya adalah menambah selera makan, sesuai untuk orang dewasa yang ingin menambah berat badan.
  • Sangat sesuai juga untuk kanak-kanak yang tiada selera makan.
  • Mealshakes sangat sedap dengan rasa vanillanya yang sangat menyelerakan.
  • Membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Ianya sumber makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protein.

VITA-LEA


  • Apabila selera makan kurang dah tentu banyak zat yang sepatutnya badan kita perlukan tidak mencukupi.
  • membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah
  • Ia banyak membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut dari segi internal, ia juga membantu mengurangkan kebarangkalian kita mengidap penyakit tiroid.
  • Ia juga membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga. 




B-COMPLEX


  • Selain daripada kebaikan B-Complex untuk mengawal stress, ianya juga membantu badan kita membebaskan tenaga dari makanan.
  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Ia dapt mengawal kadar metabolisma badan, dan mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah /  pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com








        


    Sunday, 2 February 2014

    RAMBUT GUGUR...TOLONG-TOLONG...

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
    ASSALAMUALAIKUM PEMBACA BLOG SEKALIAN


    Masalah keguguran rambut adalah masalah yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tidak kira wanita atau lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut boleh digolongkan kepada 2 kategori iaitu keguguran normal atau tidak normal.

    Sekiranya, rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, ini bermakna anda tergolong dalam kategori masalah keguguran rambut yang tidak normal iaitu keguguran rambut yang serius.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut ini berlaku. Antaranya ialah:

    1.) Perubahan hormon -perubahan hormon dan ketidakseimbangan juga boleh menyebabkan rambut gugur. Ini mungkin disebabkan oleh mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil perancang atau permulaan menopaus.

    2.)  Keturunan -genetik dari kedua ibu dan bapa lelaki dan perempuan, boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk corak kebotakan lelaki dan perempuan.

    3.) Tekanan dan penyakit -boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Kurap yang disebabkan oleh jangkitan kulat juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

    4.)  Ubat-ubatan -termasuk ubat-ubatan untuk proses kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, pencair darah, penghalang beta-adrenergic digunakan untuk mengawal tekanan darah, dan pil perancang, boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.

    5.)   Keadaan perubatan -penyakit tiroid, lupus, kencing manis, kekurangan zat besi, dan anemia juga boleh menyebabkan kehilangan rambut.

    6.)  Penyakit autoimun -menyebabkan alopecia areata. Ia berlaku apabila sistem badan seseorang dengan tidak sengaja menyerang folikel rambut di mana rambut tersebut yang akhirnya menyebabkan kehilangan rambut secara bertompok.

    7.)  Diet -Diet rendah protein atau kurang beberapa vitamin seperti A, B, C dan E serta zink juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

    Selain daripada anda mengamalkan pemakanan yang sihat, pemakaian syampu yang bersesuaian dan mengamalkan petua-petua tradisional, di Shaklee juga ada menyediakan supplemen untuk membantu anda menyelesaikan masalah rambut gugur yang selama ini menghantui anda.

    JOM LIHAT DI LINK INI:-

    RAMBUT SIHAT DAN BERSINAR SELEPAS BERSALIN

    Orang-orang lama kata, kalau baby dah pandai main "buih" kat mulut dia, rambut si ibu akan mula gugur. Betul atau tidak, mungkin itu hanya sekadar mitos dulu-dulu. Sebenarnya terdapat faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan rambut gugur ini terutamanya yang melibatkan ibu-ibu selepas proses kelahiran.

    Antara yang saya nak sentuh di sini, pengambilan makanan yang betul dapat membantu anda mendapatkan rambut yang sihat dan yang paling penting tidak gugur. TETAPI...bagaimana kita nak tahu sama ada pemakanan yang kita ambil itu lengkap zatnya??? Adakah pemakanan kita cukup untuk menampung keperluan seharian keseluruhan badan kita???

    Dengan hanya bergantung harapan pada pemakanan, nutrisi dan zat sahaja tidak mencukupi. Tambahan pula persekitaran dan cara hidup sekarang yang tidak berapa sihat.

    Pengambilan vitamin atau supplemen di samping pemakanan yang berkhasiat membantu anda mendapatkan rambut yang sihat.

    JOM KITA LIHAT SENARAI VITAMIN YANG DAPAT MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN RAMBUT YANG SIHAT.




    ENERGIZING SOY PROTEIN(ESP)

    • kekurangan protein dalam badan juga punca rambut tidak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut adalah dari protein. Jadi jika protein dalam badan kurang, masalah-masalah rambut gugur ini akan berlaku. Lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan. Mereka seperti ibu hamil, mereka yang terdedah kepada radiasi dan mereka yang kekurangan protein juga mengalami antibodi yang tidak kuat. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan mendapat protein yang cukup untuk keperluan harian.


    ZINC COMPLEX
    • Zink adalah berkait dengan keguguran rambut kerana kekurangan zink boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah. Zink yang cukup dapat membantu mempercepatkan pembentukan sel, pembinaan tisu dan pembaikan semula tisu yang rosak. Zink juga penting untuk pengeluaran minyak di kelenjar yang melekat pada folikel rambut. Zink yang cukup menjadikan rambut lebih kuat.

    B-COMPLEX
    • B-Complex memastikan pengumpulan kolesterol pada kulit kepala dapat dikawal, memperbaiki aliran darah ke kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut, melindungi rambut dan kulit kepala daripada radikal bebas yang merosakkan rambut. Menyihatkan rambut supaya tidak rapuh serta bersinar.

    VITA-LEA
    • Rambut yang sihat memerlukan vitamin A, B, C dan E. Jadinya multivitamin ini sangat membantu untuk mengatasi masalah rambut gugur dan memberikan anda rambut yang sihat dan bersinar.

    Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah /  pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email:aqmarhamiza@gmail.com







    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    GET SHAKLEE TODAY

    SHAKLEE...SENTIASA BERKESAN SHAKLEE...SENTIASA SELAMAT SHAKLEE...SENTIASA MESRA ALAM