Ads 468x60px

Labels

Tuesday, 30 September 2014

PROMOSI ESP HOT SELLER PRODUCT SHAKLEE


Assalamualaikum...tak terkata happy rasanya bila dapat tahu bulan oktober ni promo ESP kembali...ESP sememangnya produk Shaklee yang paling hot...dan semestinya produk favourite saya...ramai yang dah mencuba ESP pun setuju yang ESP memang terbaik...
Siapa tak nak kan...produk yang dapat membantu memberikan tenaga tambahan...milk booster untuk ibu-ibu yang menyusukan baby...untuk orang yang nak kurus pun minum ESP sebab ESP memberikan rasa kenyang yang lama...


Jom saya review lagi kebaikan ESP ni:

7 Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com



SMS/WHATSAPP 0125746900




Thursday, 11 September 2014

KEDAI VITAMIN SIHAT KLANG...NAMA DIBERI..

Assalamualaikum pembaca semua...salam ceria..semoga anda semua diberkati oleh Allah :-)

Okey malam ini saya nak bercerita tentang pilihan nama untuk blog ini..hai dah macam nak pilih nama untuk anak pulak ye..hehehe...memang sangat sukar untuk mencari nama yang simple tapi mudah diingati...

Sebenarnya...kalau sesiapa ada perasan...blog ini saya beri nama "vitaminalife.blogspot.com" pada awal kewujudannya...dan sebenarnya blog ini telah setahun diwujudkan iaitu pada September 2013...tapi disebabkan keazaman yang terlalu tipis...saya jarang update dan tinggallah blog ini bersawang begitu sahaja...

IKLAN BLOG BERSAWANG JAP...

Alhamdulillah..sekarang saya dah kumpul tahap kerajinan yang semaksima mungkin untuk update sekerap yang mungkin...semoga Allah memelihara hati saya supaya teruskan perjuangan untuk berblog... :-)

Okey berbalik kepada cerita nama blog yang pertama tadi iaitu "vitaminalife"...vitaminalife itu adalah dalam Bahasa Sepanyol yang bermaksud vitamin kehidupan...apa yang bermain dan terlintas di fikiran saya pada masa itu ialah saya nak letak nama yang orang mudah nak ingat dan ada makna yang baik..sama kan kalau kita nak pilih nama untuk anak-anak kita...kita kenalah pilih nama yang senang dan sesuai dan sedap didengar bila dipanggil..dan yang paling pasti dan tepat nama yang ada makna yang baik...
FB PAGE SAYA ...JEMPUT LIKE

Tapi setelah setahun blog ini diwujudkan saya tukar nama tersebut kepada "kedaivitaminsihatklang" bersamaan dengan FB PAGE saya iaitu "Kedai Vitamin Sihat Klang" supaya orang lain tak keliru dan sentiasa ingat..melekat dalam hati..in shaa Allah.. :-)

Okeylah setakat ini dulu ya..semoga kita berjumpa di entry yang lain...selamat maju jaya semua pembaca...maju dan jaya di dunia dan juga akhirat kelak..aamiin.. :-)

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com



SMS/WHATSAPP 0125746900




Tuesday, 9 September 2014

SAKIT SENDI MENYERANG SECARA TIBA-TIBA

Assalamualaikum semua... :-)
Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ini..Okey hari ini saya nak bercerita serba sedikit tentang SAKIT SENDI yang sering menyerang golongan-golongan yang dah memasuki peringkat umur 30 ke atas..( sakit sendi ini bukan sakit orang-orang tua sahaja ya..orang-orang muda pun sekarang ada yang alami masalah yang sama)...

Mereka yang aktif bersukan, ibu mengandung dan menyusu, mereka yang melakukan kerja-kerja berat, mereka yang pernah mengalami kemalangan dan yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan tidak ideal juga akan mengalami masalah sakit-sakit sendi dan otot...

Malahan mereka yang bekerja dalam pejabat yang bukanlah menggunakan tenaga yang banyak, hanya banyak menggunakan otak untuk buah fikiran..Mengadap PC/ Laptop dari seawal pagi hingga ke petang waktu habis bekerja pun boleh mengalami masalah sakit-sakit sendi dan otot ini..Terutama sekali di bahagian bahu dan tengkuk...Ya ke tidak???


Mengikut nama saintifik bagi sakit sendi ialah OSTEOARTHRITIS...Ianya merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Manakala sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Tanda-tanda penyakit OSTEOARTHRITIS:-

1. Sakit pada sendi terlibat
2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi berlaku
3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan 
4. Adanya pembesaran tulang sendi

Okey dalam entry kali ini saya nak berkongsi bagaimana cara untuk atasi masalah sakit sendi ini dengan mengamalkan kombinasi vitamin dari Shaklee..In shaa Allah telah memberikan kesan yang baik pada pengamalnya...

KOMBINASI UNTUK MERAWAT SAKIT SENDI

Apa yang perlu anda amalkan adalah 3 kaedah di bawah ini:-

KAEDAH 1: Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) memberikan manfaat kepada sendi dengan 3 cara berikut:-

  • menyokong keselesaan sendi
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • meningkatkan kesan kusyen
KAEDAH 2: Mengurangkan inflamasi

OmegaGuard Shaklee adalah merupakan omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan kita. 
Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi..So, ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala sakit sendi...

Selain itu Omega juga bertindak sebagai pelincir yang membantu kita untuk bergerak bebas.

{FAKTA} Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada hanya mengambil glukosamina sahaja.


KAEDAH 3: Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix bertindak sebagai pembekal kalsium untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.

Magnesium pula dikatakan perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ini kerana ramai yang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium...Itulah keistimewaan Ostematrix...

Oleh yang demikian, jangan biarkan sakit sendi ini menghantui anda...lakukanlah sedikit pelaburan demi kesihatan sendi dan tulang anda daripada tiap-tiap bulan perlu mengambil MC..sampai boleh menjejaskan prestasi kerja anda..

Untuk anak-anak yang budiman di luar sana, hadiahkanlah kombinasi vitamin ini untuk kesihatan kedua ibu bapa anda..walaupun ianya hanya sekadar vitamin, bukannya barang yang berharga TETAPI percayalah ibubapa anda akan menghargainya dan pastinya mereka akan merasa terharu dengan pemberian dan perhatian anda itu...

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com

SMS/WHATSAPP 0125746900





SIAPAKAH GERANGAN AQMAR AQIM INI...???

Assalamualaikum semua...:-) Alhamdulillah, semoga semua pengunjung blog ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah dan urusan harian kita...

Okey malam ini, dalam blog saya yang dah bersawang lama dah ditinggalkan ni, saya nak perkenalkan diri saya pada semua pengunjung, khusus untuk yang masih belum mengenali diri ku ini...hehehe :D

Nama penuh saya HAMIZATUN AKMAR BINTI HARUN...Anak kepada pesara kerajaan TUAN HAJI HARUN BIN NGAH dengan pasangannya ALLAHYARHAMAH HAJJAH PEAH BINTI YAACOB (mak saya telah meninggal dunia pada 01 JUN 2014..semalam genap 08 SEPTEMBER 2014 yang lepas genap 100 hari pemergian dia ibu yang amat kami sayangi...) :'(  

Isteri kepada MOHD FIRDAUS AL-HAKIM BIN MOHD ALI...Okey saya up gambar jap ye... :-)


OUR BIG DAY :-)
Gambar ni 4 tahun lepas...pada hari bersejarah kami tanggal 21 FEBRUARI 2010... :-)


MASA KAT PENANG...

Yang ini pula diambil setahun selepas kami berkahwin (actually setahun lebih)..masa ni our 1st baby dah ada dalam perutku...memang best shopping jeruk..tapi apakan daya my sis awal-awal dah warning.. tak boleh makan jeruk banyak-banyak.. :-(


BUAH HATI PERTAMA KAMI...NUR HANNAH FAQEHAH..NAMA DIBERI:-)

Okey, gambar ni masa saya dalam pantang lagi...sekarang ni dah membesar dengan sihatnya...Alhamdulillah syukur...Jom tengok gambar di bawah ni pulak...

BERSAMA MY MOM IN LAW...NENEK HANNAH...MASA SAMBUT BIRTHDAY HANNAH & ADIK

NUR HANNAH FAQEHAH buah hati pertama kami, mama dan ayah doakan kak long menjadi anak yang solehah, seorang kakak yang tegas dengan adik-adik..semoga dapat membimbing adik-adik kak long di masa akan datang..mama dan ayah sayang kak long.. <3


NUR FARHAH HUMAIRA...NAMA DIBERI :-)

Okey gambar di atas ni, buah hati kedua kami.. TABAMBAM kannn....shaklee effect ni...berkat ambil Full Set Breastfeeding...(buat masa ni dikurniakan 2 cahayamata..kedua-duanya puteri yang comel)...ada rezeki tahun depan menyusul yang ketiga pula ya..TUNGGUUUUU :-)


KENANGAN WHEELCHAIR ARWAH MAK A.K.A OPAH 

Kalau anda semua nak tahu 2 orang ni lah yang escort saya ke sana ke mari COD Shaklee kat customer..tak boleh tinggal..MY PUSH FACTOR..Terima Kasih kesayangan mama dan ayah...In shaa Allah semua ini akan diwarisi oleh kalian suatu ketika nanti..aamiin..


Okey, sekian serba sedikit tentang Aqmar Aqim ni...In shaa Allah kita berjumpa di lain entry...

================================
Untuk info & order Shaklee:

Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com
SMS/WHATSAPP 0125746900









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

GET SHAKLEE TODAY

SHAKLEE...SENTIASA BERKESAN SHAKLEE...SENTIASA SELAMAT SHAKLEE...SENTIASA MESRA ALAM