"Rambut saya banyak gugurlah lepas bersalin ni..." adu Aini kepada rakannya.
Masalah rambut gugur yang berlaku di kalangan ibu selepas bersalin bukan satu perkara aneh. Orang tua selalu kata, kalau anak dah mula buat "buih", rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu hanyalah sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah itu kerap berlaku pada ibu-ibu selepas melahirkan.
Kenapa ya semuanya berlaku selepas melahirkan si comel? JOM kita baca 9 perkara yang ibu perlu tahu...
1.) Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2.) Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3.) Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kekal kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4.) Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 % rambut, 5 hingga 15% berada dalam peringkat berehat.
5.) Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baru. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6.) Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7.) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8.) Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 hingga 12 bulan selepas bersalin.
9.) Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Untuk atasi masalah rambut gugur ini, Shaklee juga ada menyediakan SET RAMBUT SIHAT.
================================
Untuk info & order Shaklee:
Aqmar Aqim
Shaklee Independent Distributor {ID:912366}
aqmarhamiza@gmail.com
SMS/WHATSAPP 0125746900