Ads 468x60px

Labels

Thursday, 28 November 2013

UBAT VS VITAMIN!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM PEMBACA BLOG SEKALIAN...




Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik dan kesempatan untuk saya menulis malam ini.

Malam ini In shaa Allah saya nak kupas tentang perbezaan di antara ubat-ubatan (medicine) dengan vitamin (supplement). Sebenarnya ramai yang keliru dengan 2 subjek utama ini. Ada juga yang menganggap ubat itu adalah vitamin dan vitamin itu adalah ubat. 

Okey, secara ringkasnya di sini..jom kita pakat lihat 12 perbezaan di antara ubat dengan vitamin:


NO
UBAT
VITAMIN
1.
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubuh badan kita. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ
2.
Merupakan agen-agen bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim.
Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh badan kita.
3.
Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya.
Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi terlebih dos.
4.
Bertindak baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malahan kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan lebih baik.
5.
Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.
6.
Berkemungkinan mengakibatkan maut jika digunakan secara berlebihan.
Selamat diambil, tiada risiko maut.
7.
Menghasilkan kesan kepada setiap orang.
Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.
8.
Bertindak cepat, agresif dan akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam.
Bertindak secara perlahan, mengambil masa lama untuk memberikan kesan baik kepada tubuh.
9.
Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya.
Merawat terhadap punca penyakit.
10.
Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan ‘overdose’.
Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi.
11.
Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.
Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah.
12.
Ubat boleh menyebabkan penyakit.
Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan.

Pilihan di tangan anda...anda yang memilih untuk kesesuaian diri anda :-)



Wednesday, 13 November 2013

LECITHIN...BUKAN SEKADAR UNTUK KURUS

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Malam ini saya nak kongsi tentang kebaikan yang kita boleh dapatkan dari LECITHIN. Di mana kalau kita tahu Lecithin ini bersangkut-paut dengan hal-hal untuk kuruskan badan. Selain itu, menurunkan kadar kolesterol dan juga menjadi agen untuk memecahkan lemak-lemak yang ada dalam tubuh badan kita :-)



Lecithin ini yang dinamakan "pengemulsi semulajadi" sebab ia mempunyai kesan melekat pada lemak-lemak..atau pun dalam ertikata lainnya, Lecithin ini menyebabkan lemak-lemak itu boleh terapung dalam darah. Peringkat seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran.

LIHAT!!! Cara Lecithin bertindak.

Pengalaman saya sendiri yang ambil Lecithin, selepas makan Lecithin badan mesti berpeluh-peluh. Sesuai dengan fungsi Lecithin itu sendiri yang membakar lemak-lemak dalam tubuh badan kita.


Tapi kalau nak tahu sebenarnya banyak lagi fungsi Lecithin selain dari pemecah lemak. Orang kata apa tu, extravaganza punya bonuslah Lecithin ni. Jom kita tengok fungsi yang extravaganza sangat tu..:-)

Kelebihan Lecithin yang perlu anda tahu:

  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain-lain. Ini kerana Lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika kita ambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika disusuli dengan bersenam, Lecithin mampu membakar lemak dengan cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. Sebab itu Lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti Alzheimer Disease, kerana Lecithin adalah makanan otak dan saraf.
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia, ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting untuk paru-paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut)
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.
Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah / pejabat anda)
hubungi saya di talian 0125746900 atau email : aqmarhamiza@gmail.com




Wednesday, 6 November 2013

HARGAI PENGORBANAN INSAN BERGELAR ISTERI

Al-kisah,Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
…Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !
~~~~~ ‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…. …..
Begitulah besarnya pengorbanan seorang insan bernama ISTERI.Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas mendirikan rumahtangga menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Seorang isteri sanggup menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.
Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri.
Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa.Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.
Itu belum dikira pengorbanan seorang isteri dalam mengandungkan anak suaminya yang pastinya akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.Secara peribadi,setelah menyaksikan isteri saya yang mengandung khususnya dan wanita-wanita lain amnya,saya sendiri rasanya tidak sanggup melalui jerih perih seorang isteri semasa mengandungkan anak…bermacam-macam susah payah yang dilalui,morning sickness la,tak boleh makan sesuka hati,jalan yang tidak selincah seperti sebelumnya dan bermacam-macam lagi.Itu belum dikira seandainya dia mengalami ujian semasa mengandung atau melahirkan bayi yang tidak cukup umur seperti yang terjadi kepada isteri saya dan ibu-ibu yang senasib sepertinya…bagaimana kekuatan jiwa diperlukan dalam melalui ujian Allah tersebut.
Moral of the story…hargailah jasa isteri…bekerja 24 jam sehari,7 hari seminggu tanpa gaji.Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri pada hakikatnya adalah untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

(Sumber: razzyy.com)

Tuesday, 1 October 2013

SEJAUH MANA BAHAYANYA PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT (PONSTAN)

Sejak dari dulu lagi kalau sakit-sakit badan, demam, sakit gigi atau pun sakit kepala yang terdetik di minda kita nak telan ubat tahan sakit (Ponstan) atau pun paracetamol (Panadol).  Tujuannya adalah untuk kurangkan gejala kesakitan itu. Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan ada bekalan Ponstan atau pun Panadol.

Tetapi sejauh manakah kita tahu dan ambil tahu bahawa ada bahayanya pengambilan ubat tahan sakit ini dengan kerap.

Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth di Singapura, Dr. Alex Yeo, ada yang beranggapan penyakit "remeh" seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya.

Namun begitu, penyakit yang dianggap "remeh" itu berisiko untuk menjadi penyakit yang lebih kronik dan berbahaya sekiranya pengambilan ubat yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar perubatan. Kata Dr. Alex. pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan dan berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.


Apakah risiko dan kesan bahaya pada tubuh badan kita???

Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko kita untuk mendapat kesan sampingan tersebut. Ianya boleh berlaku tanda disedari atau pun mendapat tanda-tanda awal.

Antara golongan yang mudah mendapat kesan sampingan ini adalah warga tua.  Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kesan sampingan ini. Risiko adalah tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah menghidap penyakit Peptic Ulcer Disease.

KESAN KEPADA KULIT
  • Exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome
  • Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit dan bengkak pada sekeliling mata
  • Pesakit harus terus berjumpa dengan doktor kerana ianya tanda alergik yang teruk terhadap Ponstan dan boleh melibatkan nyawa.
KESAN KEPADA GINJAL
  • Acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (heamaturia), proteinuria, glomerulitis, papilary necrosis dan Nephrotic Syndrome
  • Pemeriksaan darah untuk ginjal (Renal Function Test) harus diperiksa secara berkala.
KESAN KEPADA HATI
  • Ponstan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit yang mengalami masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati.
  • Ini bermakna bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslan berhati-hati ketika menggunakan Ponstan
KESAN KEPADA SEL-SEL DARAH
  • Boleh menyebabkan prothmobin iaitu komponen darah yang bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah
  • Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothmobin yang berada dalam tahap 10-20% dari normal.
KESAN KEPADA IBU MENGANDUNG
  • NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yang penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. 
  • Antaranya penutupan saluran darah di jantung (closure of the fetal ductus arteriosus), masalah ginjal menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yang lama
  • Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.
KESAN KEPADA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK
  • Sedikit kuantiti Ponstan yang terdapat pada susu ibu yang memakan Ponstan boleh tersebar pada bayi yang menyusu itu
  • Tidak digalakkan ibu yang menyusukan anak memakan Ponstan sebagai ubat tahan sakit.
KESAN-KESAN LAIN
  • Ponstan juga harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit asma
  • Bagi mereka yang mengamalkan perancang keluarga, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yang menggunakan IUCD.


Tuesday, 17 September 2013

CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK PESAKIT TIROID

Terlebih dahulu kita perlu mengenalpasti apakah jenis tiroid yang pesakit itu menghidap.
 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tiroid, sila klik link di bawah:
http://vitaminalife.blogspot.com/2013/09/assalamualaikum.html

Apakah supplement Shaklee yang menjadi cadangan pilihan utk pesakit tiroid ini???

bagi yg jenis HYPER

= VIVIX
= ESP


bagi yg jenis HYPO

= VITALEA
= VIT E COMPLEX
= OMEGA GUARD
= B COMPLEX

PERINGATAN!!!
Pesakit HYPOTIROID tidak boleh mengambil ESP
 Pesakit HYPERTIROID tidak boleh mengambil Vitalea

ESP



- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

VITALEA


- Multivitamin yg mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit a,d,e, b2,b3 dan zinc sgt sesuai utk pesakit hipotiroidisme
- Sumber iodin (sumber kekurangn iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
- vitamin a, d menmbah keberkesanan t3 (hormon tiroid yg aktif)
- vitamin b2,b3 dan b6 berfungsi dalam pengahsilan hormon tiroid
- zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau t4(hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran t4 kpd t3 (hormon tiroid aktif)

VIT-E



- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajad
i- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)

Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah / pejabat anda) hubungi saya di talian 0125746900 atau email : aqmarhamiza@gmail.com


TIROID: TANDA-TANDA DAN CARA MERAWATNYA

Assalamualaikum....petang ni terpanggil untuk berkongsi tentang satu penyakit yang agak merbahaya khususnya untuk kaum wanita.






Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus.TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH.TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah yang berisiko menghadapi penyakit tiroid :
  • Perempuan
  • Genetik (keturunan)
  • Menghidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perempuan hamil
  • Perokok




Tiroid terbahagi kepada dua jenis :

1) Hyperthyroidism/Tirotoksikosis
2) Hypothyroidism

1) Hyperthyroidism/Tirotoksikosis
 Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik 

2) Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism :
  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau 
  • Kadar pengepaman jantung perlahan 
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat 
  • Kulit kering 
  • Masalah kesuburan 
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi) 
  • Muscle cramp dan bengkak 
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period) 
  • Percakapan lambat 
  • Pertambahan berat badan 
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk 
  • Rendah nafsu seks 
  • Sakit kepala 
  • Sembelit 
  • Suara menjadi serak 
  • Tak tahan sejuk
    **Penyakit tiroid jika dibiarkan boleh menjurus ke arah kanser tiroid.



    Tanda-tanda kanser tiroid:
  • Benjol di bahagian depan leher.
  • Sukar bercakap dalam suara normal
  • Sukar menelan 
  • Sukar bernafas
  • Rasa sakit di tekak & leher

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

Untuk mengetahui suplemen yang sesuai untuk pesakit tiroid sila klik link ini:
http://vitaminalife.blogspot.com/2013/09/cadangan-supplemen-untuk-pesakit-tiroid.html



Monday, 16 September 2013

SEBAB-SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH SHAKLEE???

Assalamualaikum semua...
Sememangnya terdapat banyak vitamin dan supplemen di pasaran masa kini sama ada dari luar negara ataupun dalam negara. Bahkan kesemuanya menjanjikan pelbagai 'janji-janji manis' (tiba-tiba teringat pulak kat lirik lagu Aisyah...Hati membeku mengingatkan...kata janji manismu... oh...lalalala)...hehe..
Sebenarnya keadaan ini membuatkan ramai pengguna di luar sana yang menjadi keliru dan celaru untuk membuat pilihan yang tepat.

Oleh sebab itu malam ini saya ingin berkongsi tentang sebab-sebab kenapa kita perlu memilih produk Shaklee :-)

3 sebab kenapa anda perlu memilih Shaklee:


Shaklee -  Always Save
>>menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun
>>potensi yang dijamin --> pengesahan dari pihak ketiga
>>keaslian dijamin --> 350 ujian pencemaran dilakukan terhadap SETIAP bahan botani
>>100% kepuasan terjamin

Shaklee -  Always Green
>>tiada perisa tiruan
>>tiada pemanis tiruan 
>>tiada pewarna atau lemak trans 
>>tidak menjalani ujian terhadap haiwan 
>>tidak mengandungi bahan yang dilarang
>>tidak mengandungi peluntur klorin

Shaklee - Always Work
>>USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
>>70 kajian klinikal telah diterbitkan 
>>60 saintis Shaklee
>>50 patents


Untuk mendapatkan produk ini (dihantar terus ke pintu rumah/pejabat anda) hubungi saya di talian 012-5746900 atau email: aqmarhamiza@gmail.com








Saturday, 14 September 2013

Assalamualaikum & Salam Kemanisan Ukhuwah...

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajatku untuk mendirikan blog untuk perkongsian info tentang yang paling utama sekali ialah Vitamin Shaklee...dan selain itu pelbagai info tentang kehidupan InsyaAllah juga akan dikongsikan dalam entri-entri yang bakal saya tuliskan di dalam blog ini...

Dengan penuh harapan di hati, saya sebagai pengedar sah Shaklee anda akan berusaha untuk membantu dari segi informasi jasmani dan rohani...semoga segala perkongsian informasi dan ilmu dalam blog ini dapat membantu pembaca semua dan memberikan manfaat untuk kita semua...aamiin :-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

GET SHAKLEE TODAY

SHAKLEE...SENTIASA BERKESAN SHAKLEE...SENTIASA SELAMAT SHAKLEE...SENTIASA MESRA ALAM