Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik dan kesempatan untuk saya menulis malam ini.
Malam ini In shaa Allah saya nak kupas tentang perbezaan di antara ubat-ubatan (medicine) dengan vitamin (supplement). Sebenarnya ramai yang keliru dengan 2 subjek utama ini. Ada juga yang menganggap ubat itu adalah vitamin dan vitamin itu adalah ubat.
Okey, secara ringkasnya di sini..jom kita pakat lihat 12 perbezaan di antara ubat dengan vitamin:
NO
|
UBAT
|
VITAMIN
|
1.
|
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian
daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel
badan.
|
Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubuh badan kita. Jika
kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan
fungsi organ
|
2.
|
Merupakan
agen-agen bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu
tindakan biokimia dan proses-proses enzim.
|
Bahan
berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh badan
kita.
|
3.
|
Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam
badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya,
gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman
dan sebagainya.
|
Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan
gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk
menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi terlebih dos.
|
4.
|
Bertindak
baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat
lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
|
Ia
bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian.
Malahan kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan lebih baik.
|
5.
|
Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan
saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
|
Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama
makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.
|
6.
|
Berkemungkinan
mengakibatkan maut jika digunakan secara berlebihan.
|
Selamat
diambil, tiada risiko maut.
|
7.
|
Menghasilkan kesan kepada setiap orang.
|
Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita
mengalami kekurangan vitamin tersebut.
|
8.
|
Bertindak
cepat, agresif dan akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit
atau jam.
|
Bertindak
secara perlahan, mengambil masa lama untuk memberikan kesan baik kepada
tubuh.
|
9.
|
Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit.
Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya.
|
Merawat terhadap punca penyakit.
|
10.
|
Perlu
pengawasan rapi bagi mengelakkan ‘overdose’.
|
Tidak
perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad,
jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi.
|
11.
|
Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka
mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.
|
Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor
kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah.
|
12.
|
Ubat
boleh menyebabkan penyakit.
|
Vitamin
mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan
kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ
badan.
|
No comments:
Post a Comment