Ads 468x60px

Labels

Tuesday, 1 October 2013

SEJAUH MANA BAHAYANYA PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT (PONSTAN)

Sejak dari dulu lagi kalau sakit-sakit badan, demam, sakit gigi atau pun sakit kepala yang terdetik di minda kita nak telan ubat tahan sakit (Ponstan) atau pun paracetamol (Panadol).  Tujuannya adalah untuk kurangkan gejala kesakitan itu. Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan ada bekalan Ponstan atau pun Panadol.

Tetapi sejauh manakah kita tahu dan ambil tahu bahawa ada bahayanya pengambilan ubat tahan sakit ini dengan kerap.

Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth di Singapura, Dr. Alex Yeo, ada yang beranggapan penyakit "remeh" seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya.

Namun begitu, penyakit yang dianggap "remeh" itu berisiko untuk menjadi penyakit yang lebih kronik dan berbahaya sekiranya pengambilan ubat yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar perubatan. Kata Dr. Alex. pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan dan berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.


Apakah risiko dan kesan bahaya pada tubuh badan kita???

Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko kita untuk mendapat kesan sampingan tersebut. Ianya boleh berlaku tanda disedari atau pun mendapat tanda-tanda awal.

Antara golongan yang mudah mendapat kesan sampingan ini adalah warga tua.  Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kesan sampingan ini. Risiko adalah tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah menghidap penyakit Peptic Ulcer Disease.

KESAN KEPADA KULIT
  • Exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome
  • Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit dan bengkak pada sekeliling mata
  • Pesakit harus terus berjumpa dengan doktor kerana ianya tanda alergik yang teruk terhadap Ponstan dan boleh melibatkan nyawa.
KESAN KEPADA GINJAL
  • Acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (heamaturia), proteinuria, glomerulitis, papilary necrosis dan Nephrotic Syndrome
  • Pemeriksaan darah untuk ginjal (Renal Function Test) harus diperiksa secara berkala.
KESAN KEPADA HATI
  • Ponstan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit yang mengalami masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati.
  • Ini bermakna bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslan berhati-hati ketika menggunakan Ponstan
KESAN KEPADA SEL-SEL DARAH
  • Boleh menyebabkan prothmobin iaitu komponen darah yang bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah
  • Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothmobin yang berada dalam tahap 10-20% dari normal.
KESAN KEPADA IBU MENGANDUNG
  • NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yang penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. 
  • Antaranya penutupan saluran darah di jantung (closure of the fetal ductus arteriosus), masalah ginjal menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yang lama
  • Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.
KESAN KEPADA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK
  • Sedikit kuantiti Ponstan yang terdapat pada susu ibu yang memakan Ponstan boleh tersebar pada bayi yang menyusu itu
  • Tidak digalakkan ibu yang menyusukan anak memakan Ponstan sebagai ubat tahan sakit.
KESAN-KESAN LAIN
  • Ponstan juga harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit asma
  • Bagi mereka yang mengamalkan perancang keluarga, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yang menggunakan IUCD.


1 comment:

  1. assalam.. terima kasih atas info.. baru tahu byk side effect ubat ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

GET SHAKLEE TODAY

SHAKLEE...SENTIASA BERKESAN SHAKLEE...SENTIASA SELAMAT SHAKLEE...SENTIASA MESRA ALAM